Friday, June 22, 2012

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA

27 Mei 2012
hari pertama aku jejak kaki di UM
kali pertama jejak kaki di Kolej Kediaman 12
kali pertama jejak kaki di Dewan Gemilang
kali pertama jejak kaki di C745
kali pertama jejak kaki di tingkat 7 blok C KK12
kali pertama jejak kaki di DTC aka Dewan Tunku Canselor
kali pertama jejak kaki di kafe 12
segala2nya kali pertama di UM hari itu

DEWAN TUNKU CANSELOR.pfft

sampai shj di KK12 untuk sesi pendaftaran
aku terus rasa malas yg amat
kenapa?
kerana barisannya sangat panjang hanya Tuhan yang tahu
barisan dahla maha panjang
sekali kena pulak pergi ke bahagian hadaaappaan sekali untuk ambil borang
aku dengan segerombolan kemalasan menemani di belakang
apa lagi pergila juga ambil borang di depan 
dan ibu tolong jagakan tempat dalam barisan
I LOVE YOU IBU.hikhik
dalam berbaris tiba2 datangla zaynab
haha
sama2 berbaris
sama2 berdaftar
sama2 bengang dgn barisan
sama2 sebilik
pffft okay!
selesai daftar
bergerak ke bilik
hasrat nak naik lif tak kesampaian
memandangkan jalan nak ke lif je dah mcm kejadah
lalu dikuatkan hati untuk sampai ke bilik
ikutkan hati nak je aku balik terus,fed-up
LOL
tapi aku kuat!!cehs

KOLEJ KEDIAMAN RAJA DR. NAZRIN SHAH

dan petang tu ada taklimat sekian2
lepas taklimat, parents pun balik
ni la part paling sayu
aku yg dah duduk asrama separuh dekad pun still rasa kesayuannya di situ
huhu

maka bermulalah
seminggu yang ada orang kata menyeksakan
ada orang lain kata menyeronokkan
dan banyak lagi la yang orang2 lain nak kata
tapi 
bagi aku seminggu tu cukup mengajar aku macam2
heh

MINGGU HALUANSISWA PASUM 2012/2013

MHS kami dihandle oleh sekumpulan 60 orang manusia
60 orang manusia itu adalah pelajar PASUM sesi lepas
60 orang manusia itu digelar sebagai Pembantu Pelajar aka PP
PP kami baik
PP kami soleh dan solehah
PP kami x garang
PP kami lemah lembut
PP kami cakap ayat baik2 je
LOL
memandangkan aku malas nak cakap x baik pasal orang so
ini sahaja descriptions tentang PP yang mampu aku ingat dan tulis

NAMA2 PP KAMI

MHS memang ...
tak ada perkataan mampu aku tulis untuk describe MHS
pffft
banyak program yang di buat
banyak tarian yang kami pelajari
banyak cacian yang kami dengari
banyak pujian yang kami terimai
banyak perjalanan yang kami tempuhi
banyak kesabaran yang kami binai
dan banyak lagi la

XI SHUA SHUA
THROUGH MY WINDOW
ni 2 lagu yang kami nyanyi sambil menari
aku sebenarnya sampai sekarang tak faham motif menyanyi sambil menari
x salah menari, menari je la
x payahla nak penatkan otak buat multi-tasking
haisyhhh
tapi takpe
apakata just enjoy je semua ni
haha
and akhirnya aku suka la jugak menari ni
bhahahahahaahahahahah
tapi motif menyanyi sambil menari tu aku still x faham sampai sekarang
=='

benda yang paling aku akan ingat berkenaan MHS adalah
PERJALANAN KE MANA2
kerana aku benci la jugak cara kami berjalan
LOL
memandangkan kebanyakan program diadakan bukan di KK12 maka
setiap kali nak start program kena beratur
beratur sebelum mulakan perjalanan
macam kanak2 tadika gitu
tapi takpe!
bagi org yg dah turun awal,mahu kena tunggu setengah jam sebelum boleh gerak
kenapa?
kerana kita akan tunggu sehingga semua turun dan berbaris barulah kita boleh bergerak
PFFFFTTTT
dan semua orang tu adalah dlm 1000+ orang
aku tak boleh bayangkan kalau UIA PJ kena buat camni
=='
kebanyakan perjalanan adalah dari KK12-DTC
ada juga perjalanan dari
KK12-Dewan Peperiksaan
KK12-Bangunan PASUM
KK12-Padang Sukan
dan perjalanan paling jauh adalah KK12-Dewan Peperiksaan
aku pernah dengar student ambik cab dari KK12 pergi Dewan tu .bhahaha
yang paling aku tak tahan dalam proses perjalanan ni adalah
'MELINTAS JALAN DARI SEBERANG KE SEBERANG'
ni memang sorryla,aku memang tak tahan
students akan diarahkan untuk berlonggokan di bahu jalan
'RAPAT LAGI!'banyak kali diulang
dan bila jalan dah clear
'LINTASSSSS!!!!!!!'
sepenuh hati PP tu menjerit
aku memang jalan macam biasalah
yang lain memang berlari lintang pukang macam apa la kan
lalu je sebelah PP tu,aku nak je jolok dengan payung di tangan
tapi takpe!dia kan PP
sabar nadh sabar

LEBIH KURANG MACAM NI LAH PERJALAN KAMI,ANAK ITIK SUNGGUH

aku takde memori sangat untuk MHS ni
so tak ada banyak yang boloeh diceritakan ~
so
THE END MHS
sorry PP
sorry PASUMIANS


NEXT WEEKnya,
bermulalah dunia pembelajaran aku
setelah lebih 5 bulan tanpa pembelajaran secara formal
aku pelajar Asasi Sains Fizikal
di PASUM ada 3 aliran
-Asasi Sains Hayat
-Asasi Sains Fizikal
-Asasi Alam Bina
Mathematics,Physics,Chemistry and Comp Science-my subjects
2 minggu yang pertama jadual kami agak lengang
banyak masa yang terluang
mungkin untuk membiasakan pelajar dengan corak pembelajaran baru di sini
Dr. Zahrah-Physics
Dr.Faridah-Vector
Dr.Faridah S-Chemistry
Dr.Izlina-Physics
Mr Zack-Comp Scs
dan beberapa orang lagi..
kebanyakan tajuk pada awal semester pertama
 lebih berunsurkan pengukuhan kepada pengetahuan sedia ada pelajar
so agak relaxing la sebenarnya
kebanyakan sesi pembelajaran bagi 2 minggu pertama bagi pelajar fizikal adalah di
AUDITORIUM


kalau student fizikal takdela penuh sampai belakang
tapi budak hayat aku percaya penuh dan melimpah
kerana itulah budak hayat dipecahkan kepada 2 kumpulan besar
hayat1 dan hayat2
golongan alam bina adalah golongan minoriti di PASUM
manakala hayat adalah golongan majoriti

auditorium terletak di dalam bangunan PASUM


BANGUNAN BARU PASUM

bangunan PASUM terletak bersebelahan dengan bangunan AAJ
so dalam minggu kedua dah mula nampak pelajar persediaan ke Jepun di kawasan tersebut
bermula dari minggu haluansiswa sehingga ke minggu kedua
bilangan pelajar PASUM adalah semakin berkurangan
kerana ramai pelajar berjaya mendapat penajaan MARA,JPA dan banyak lagi
so masuk minggu ketiga PASUM mula menerima pelajar kemasukan kedua

dalam minggu pertama dan kedua macam2 berlaku
sesi beli buku di bangunan PASUM
sesi penyerahan dokumen perjanjian KPT
sesi mengetahui kelas/group tutorial masing2
(berdasarkan keputusan Placement Test anda)
masa beli buku paling sesak kat dunia
aku datang hari first,confirm2 la ramai
so datang hari kedua!
aku beli 3 buku = RM186.00
tu belum masuk lain2 lagi
lab coatnye lagi
buku MUETnye lagi
and banyak la lagi

tapi
minggu ketiga jugakla aku keluar dari PASUM ni
banyak benda aku belajar dari PASUM 
banyak pengalaman hidupla sebenarnya
so thanks PASUM

di kesempatan ni jugak ingin aku mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada
Zaynab-roommate
Iza-new buddy
Linda-new buddy2
pak cik kedai photostate
pak cik kedai western
dan banyak lagi la..

and
HYE KMB!


thanks~~~

1 comment:

  1. oh nadh.. sabar eh.

    MHS kat sini pun selalu je kene beratur.
    Lebih lagi masa habis program malam kene murakib.
    hakikatnya akhawat berpuluh jln. Penjahat pun tkut kutt nak ganggu heh. ^.~

    Apa pun nikmatinya...

    ReplyDelete