Tuesday, May 22, 2012

 KISAH 1
orang1:yes anak,nak order apa?
orang2:saya nak order ayam panggang tapi yang bahagian paha,nasi putih campur halia sikit kasik separuh pinggan je,lauk sayur baby kailan saya nak 8 baby kailan je dalam pinggan tu,ikan siakap masak sweet sour tambah gula lebih sikit ea.tu je(dalam satu nafas je)
orang1:mintak maaf nak,boleh tolong ulang semula x,x sempat nak tangkap laju sangat?
orang2:saya nak order ayam panggang tapi yang bahagian paha,nasi putih campur halia sikit kasik separuh pinggan je,lauk sayur baby kailan saya nak 8 baby kailan je dalam pinggan tu,ikan siakap masak sweet sour tambah gula lebih sikit ea.tu je(dalam satu nafas je)
tiba-tiba ada kuali melayang...
KISAH2

orang3:cikgu nak tanya satu soalan,apa pandangan semua tentang pembinaan bangunan 900 tingkat di belakang sekolah kita ni?ada sesiapa yang nak jawab?
orang4:saya!saya!
orang5:saya boleh jawab cikgu!
orang 3:ermmm..cikgu nak kamu orang 6
orang 6:saaayyyaaa rrrraaassssaaa,eh eh bubukan bubukan,ppppaaaadddaa pppeeennddaappaattt ssaaayyyaa,bbbbaaaaannnngggguuuunnnnaaaan iittttuuu sssseeehhhhaaarrruusssnnnyyyaaa dddiiibbbiinnnaaa ssseeejjjjaaaakkk dddaaahhhuullluu lllaagggiii kkkeeerrraaannnaaa....ssaaayyyaaa aaddaa 88 sseebbbaabbb,sssseebbbaaabb yyyaannng pppeerrrttaammma

10 minit kemudian..

orang6:ssseeebbbaaabbb kkeeddduuua
orang3:SUDAH KAMU!DUDUK!!!!


bhahahaha..
nak percaya atau tidak tapi percayalah juga bahawa memang ada jenis manusia dari kedua-dua kisah di atas.

yang menjadi isu di sini ialah bagaiman kita menangani gelodak,kacau-bilau,tsunami,taufan yang melanda jiwa raga kita apabila berdepan dengan manusia-manusia ini.

memandangkan ada pelbagai jenis pendengar di dunia ini maka pastinya akan ada pelbagai reaksi juga.

REAKSI 1(manusia berapi-api)
KISAH 1
"iesyhh,ada jugak yang makan penumbuk aku ni karang!"
KISAH 2
"kau hidup dalam sehari ada berapa jam?240 jam yang kau nak cakap 'laju' macam ni?"

REAKSI 2(manusia tak berperasaan)
KISAH1
"kau pergi order kedai lain la..terima kasih datang lagi"
KISAH2
"awak boleh duduk dan jangan berani2 angkat tangan nak jawab.orang4 sila jawab"

REAKSI 3(manusia zaman 30-an)
KISAH1
"saya tidaklah mahu menjadi biadap apatah lagi mengguris hati saudara,namun seandainya saudara tidak keberatan maka bolehlah saudara mengulang kembali order saudara dengan lebih perlahan-lahan kerana kiranya saya kurang jelas akan apa yang saudara katakan sebentar tadi.maaf saudara atas kekasaran saya"
KISAH2
"sudahlah kamu,ada baiknya seandainya kamu duduk dahulu ya.Kita berikan peluang kepada rakan-rakan kamu yang masih menuungu untuk menjawab"(ceh,cikgu pun lebih kurang je)

REAKSI 4(manusia berjiwa mulia)
KISAH1
"maaf,boleh tolong ulang semula?saya kurang dengar tadi.maaf"
KISAH2
"mari saya bawa awak ke kelas kanak-kanak istimewa.mari ikut saya sekarang.." 


Kita yang diberi akal ini juga perlulah sentiasa bersangka baik apabila bertemu dengan manusia-manusia dari spesies yang berkenaan ini.

Mungkin KISAH1,
ibunya sedang sakit di rumah atau dia merasakan bercakap laju boleh membuatkan dia berasa menghargai masa yang ada yang singkat ini kerana masa yang selebihnya boleh diisi dengan benda lain..mungkin sahaja atau juga mungkin dia baru pulang dari mana2 negara bergolak lalu selepas sampai di KLIA terus mengambil teksi ke gerai tersebut bagi mengisi perut yang sudah 4 hari tidak diisi. 

Mungkin KISAH2,
dia gagap atau sewaktu kecil telah didera dan meninggalkan kesan trauma yang membuatkan dia merasa kecil untuk memperdengarkan pendapatnya kepada umum mungkin juga rakan meja sebelah mencubit-cubitnya semasa sedang cuba menjawab atau mungkin juga awek yang dia minati sedang memerhatikan dia menjawab soalan tersebut.

tugas kita adalah untuk BERSANGKA BAIK dan BERBUAT BAIK kepada semua~

thanks~ 



No comments:

Post a Comment